Tinggalkan Link Anda Untuk Saya Lawat Anda Terima Kasih!

Sunday, July 29, 2012

Resipi Choc Chip Cookies


* 250g butter

* 280g tepung gandum (dayah guna tepung kek)
* 10g serbuk koko 
* 150g gula kastor (boleh jugak kalau nak kurangkan)
* ½ sudu kecil esen vanila
* 1 sudu kecil soda bikarbonat
* 2 sudu besar susu tepung 
* 2 sudu besar tepung jagung
* 1 biji telur
* 100g sebarang kekacang (walnut, badam, hazel, gajus, etc, yang dicincang)
* 100g coklat cip ( dayah campur skali coklat masakan sbb ibu beli manyak... (",)
* Secubit garam

Cara-cara
1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanila hingga kembang.
2. Masukkan kuning telur dan pukul rata.
3. Ayakkan tepung gandum, tepung jagung, susu tepung, soda bikarbonat, serbuk koko dan garam ke dalam bahan yang dipukul tadi. Kemudian kacau hingga rata.
4. Masukkan coklat cip dan cincangan kacang. Kacau rata.
5. Sudukan adunan di atas dulang pembakar. Bakar pada suhu 160°C selama 15-20 minit atau sehingga kekuningan.
6. Sejukkan biskut terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam balang kuih.