Tinggalkan Link Anda Untuk Saya Lawat Anda Terima Kasih!

Monday, November 25, 2013

CHEESE CAKE


Cheese kek
Oleh:Ummu Fatin Naaifah


500g cream cheese
500ml whiping cream
30g
1 kotak biskut oreo
140g planta
160g gula
150ml air
*hirisan badam utk hiasan

Cara-cara:
1.asingkan biskut oreo dan cream biskut.mesin kan biskut oreo separuh dan gaulkan dengan planta sebati,kemudian tekankan adunan tersebut kedalam bekas kek.
2.simpan kedalam peti sejuk 30 minit
3.mesin whipping cream dan simpan didalam peti sebentar
4.mesin cream cheese,cream oreo dan gula sehingga kembang
5.masak gelatin dan air diatas api sehingga cair dan campurkan kedalam cream cheese yang telah dimesin tadi.
6.pecahkan lebihan biskut oreo.*jangan guna mesin
7.masukkan biskut oreo yang telah dipecahkan kedalam adunan cream cheese tadi.
8.keluarkan whipping cream dan campurkan kedalam adunan cream cheese.kacau sebati.
9.keluarkan biskut yang telah ditekan padat tadi.dan tuangkan adunan keatas biskut.
10.simpan kek didalam peti selama 5 jam.
11.setelah 5 jam..bolehlah dihiaskan dengan kepingan badam.

Friday, July 5, 2013

BISKUT LIDAH KUCING PELANGI


LIDAH KUCING PELANGI



Lihatlah lidah kucing yang berwarna-warni ni.. comelkan..?
Warna pelangi yang indah dan menceriakan. Kalau lah lidah kucing benar-benar warna pelangi begini, aduh.. bagaimanlah kan.. tapi kalau Allah nak jadikan tak ada sesuatu yang mustahil..

Resepi lidah kucing ni sepertimana yang ita tahu berasal dari Indonesia. Ianya telah popular di sana beberapa tahun yang lalu. Kini barulah ianya di perkenalkan dan mula mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Keunikan warnanya yang ceria, memang menampan hati mereka yang memandangnya terutamanya kanak-kanak.

Biskut comel pelangi ini amat sesuai di hidangkan di hari lebaran yang bakal kita sambut nanti. Pada ita ianya juga sesuai di jadikan buah tangan untuk majlis khatam Al Quran, majlis berkhatan, potong jambul atau majlis hari ulang tahun. Warnanya yang ceria itu mengambarkan kecerian hati kanak-kanak..



Biskut ini, cara penyediaanya hendaklah menggunakan loyang khas untuk membuatnya. Loyang yang berlekuk ini sebenarnya mempunyai pelbagai saiz dan bentuk. Ada bentuk lonjong yang macam ita gunakan ni.. ada bentuk bulat dan juga bentuk hati. Terpulanglah kepada kita bagaimana cara kita ingin ianya terhasil.

Loyang ini boleh di dapati di kedai-kedai menjual bahan kek atau kedai loyang. Setahu ita loyang ini di import juga dari Indonesia selaras kehadiran biskut ini  yang mula mendapat perhatian rakyat tempatan. Harga loyang berbeza-beza mengikut saiz.

Bagaimana pula rasanya?
Emmm... seakan-akan rasa biskut sempret. Rapuh dan rangup. Memang sedap dan enak untuk di nikmati 

Jom kita intai-intai resepi yang ita ambil dari dapur Kak Wan



LIDAH KUCING
Resepi : Fatmah Bahlawan
Rujukan : Citarasawan 

250 gm mentega
175 gm gula kastor
100 ml putih telur
200 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
1/4 sudu teh emplex

Pewarna merah, oren, kuning, hijau dan biru
Loyang khas lidah kucing di gris dengan sedikit mentega

Ayak tepung jagung, tepung gandum dan emplex, ketepikan
Dalam mixer pukul mentega dan gula hingga berkrim
Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati
Masukkan tepung dan kaup balik dengan spatula hiungga rata
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian
Letakkan pewarna untuk setiap bahagian
Masukkan dalam piping bag atau bag plastik untuk setiap warna berlainan
Potong hujung muncung bag plastik atau piping bag kecil
Paipkan atas loyang lidanh kucing mengikut corak yang di kehendaki mengikut warna pelangi
Bakar dalam oven pada suhu 150 C selama 15 ~ 20 minit
Jaga jangan sampai keperangan dan hangus kerana warnanya akan pudar dan tidak menyerlah
Biarkan sejuk sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara



Monday, June 17, 2013

RESIPI CHIKEN CHOP

Chicken Chop Simple
Oleh:Nurul Suraya Mohd Khazali
cc : www.facebook.com/bukuresepi 

Bahan2 Untuk Ayam:
3 keping Dada ayam/peha tanpa tulang..
garam
sedikit lada hitam
sedikit serbuk kari (apa2 pun boleh)
bread crumb
telur
tepung serbaguna/tepung ayam goreng

Cara2:
Perap sebentar ayam bersama garam dan lada hitam. Panaskn minyk,celur ayam dlm tepung dan ratakan kemudian celur dlm telur last skali dlm bread crumb dan ratakan.goreng mngunakan api sederhana shingga ayam keperangan.

Sos/Gravy:
2 cawan stok ayam@daging - (air+kiub ayam)
1/2 cawan susu segar
serbuk lada hitam
2cm btg salery - cincang
1/2 biji bwg besar - cincang
2 sudu besar kicap manis - bergantung kehitaman yg dkehendaki
1 sudu sos tiram
1 sudu mentega/ marjerin
1/2 tin cendawan butang - dhiris (xde pon xpe tp kalu letk lg sedap
2 sudu besar tpg gandum - bancuh ngan air
garam dan gula - jika perlu

Cara2:
panaskan stok ayam, susu segar, bawang n juga btg salery. didihkan then tapis. buang bwg n juga salery. didihkan smula.. masukkan lada hitam, kicap manis, mentega/marjerin, sos tiram dan juga cendawan butang. garam dan gula jika perlu.
last skali masukkan bancuhan tpg gandum utk mendptkan kepekatan yg dkehendaki...boleh mkn bersama weges,salad..
Selamat mncuba..






Wednesday, June 12, 2013

Homemade Bubble Pearl





Oleh:Ollyn Syafiza
cc : www.facebook.com/bukuresepi

Bahan-bahan ( 2 cawan )

Tepung ubi dalam secawan (agak agak nak sebatikan dengan air) 
Air panas (cukup untuk tepung jadi doh) 
Pewarna (gunakan pewarna yg digemari atau coklat)

Cara-cara

- Letakkan tepung ubi dalam mangkuk.
- Tuang air panas sikit sikit sampai adunan tepung ubi menjadi doh.
- Campur sedikit pewarna. (saya guna purple)
- Panaskan periuk berisi air. Bentukkan doh bulat-bulat kecil dan rebuskan dalam periuk.
- Bila pearl masak (timbul), tapis dan masukkan dalam air sejuk supaya tidak melekat. 

*Letakkan pearl didalam larutan air gula melaka untuk pastikan pearl kekal lembut dan tak melekat.