Tinggalkan Link Anda Untuk Saya Lawat Anda Terima Kasih!

Friday, July 5, 2013

BISKUT LIDAH KUCING PELANGI


LIDAH KUCING PELANGI



Lihatlah lidah kucing yang berwarna-warni ni.. comelkan..?
Warna pelangi yang indah dan menceriakan. Kalau lah lidah kucing benar-benar warna pelangi begini, aduh.. bagaimanlah kan.. tapi kalau Allah nak jadikan tak ada sesuatu yang mustahil..

Resepi lidah kucing ni sepertimana yang ita tahu berasal dari Indonesia. Ianya telah popular di sana beberapa tahun yang lalu. Kini barulah ianya di perkenalkan dan mula mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Keunikan warnanya yang ceria, memang menampan hati mereka yang memandangnya terutamanya kanak-kanak.

Biskut comel pelangi ini amat sesuai di hidangkan di hari lebaran yang bakal kita sambut nanti. Pada ita ianya juga sesuai di jadikan buah tangan untuk majlis khatam Al Quran, majlis berkhatan, potong jambul atau majlis hari ulang tahun. Warnanya yang ceria itu mengambarkan kecerian hati kanak-kanak..



Biskut ini, cara penyediaanya hendaklah menggunakan loyang khas untuk membuatnya. Loyang yang berlekuk ini sebenarnya mempunyai pelbagai saiz dan bentuk. Ada bentuk lonjong yang macam ita gunakan ni.. ada bentuk bulat dan juga bentuk hati. Terpulanglah kepada kita bagaimana cara kita ingin ianya terhasil.

Loyang ini boleh di dapati di kedai-kedai menjual bahan kek atau kedai loyang. Setahu ita loyang ini di import juga dari Indonesia selaras kehadiran biskut ini  yang mula mendapat perhatian rakyat tempatan. Harga loyang berbeza-beza mengikut saiz.

Bagaimana pula rasanya?
Emmm... seakan-akan rasa biskut sempret. Rapuh dan rangup. Memang sedap dan enak untuk di nikmati 

Jom kita intai-intai resepi yang ita ambil dari dapur Kak Wan



LIDAH KUCING
Resepi : Fatmah Bahlawan
Rujukan : Citarasawan 

250 gm mentega
175 gm gula kastor
100 ml putih telur
200 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
1/4 sudu teh emplex

Pewarna merah, oren, kuning, hijau dan biru
Loyang khas lidah kucing di gris dengan sedikit mentega

Ayak tepung jagung, tepung gandum dan emplex, ketepikan
Dalam mixer pukul mentega dan gula hingga berkrim
Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati
Masukkan tepung dan kaup balik dengan spatula hiungga rata
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian
Letakkan pewarna untuk setiap bahagian
Masukkan dalam piping bag atau bag plastik untuk setiap warna berlainan
Potong hujung muncung bag plastik atau piping bag kecil
Paipkan atas loyang lidanh kucing mengikut corak yang di kehendaki mengikut warna pelangi
Bakar dalam oven pada suhu 150 C selama 15 ~ 20 minit
Jaga jangan sampai keperangan dan hangus kerana warnanya akan pudar dan tidak menyerlah
Biarkan sejuk sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara