Tinggalkan Link Anda Untuk Saya Lawat Anda Terima Kasih!

Friday, December 14, 2012

Resipi Pau Pedas Si Chantek Manis


Bahan-bahan
350 Tepung Gandum (seelok-eloknya guna high protein)
1/2 sudu kecik yeast
30 gm gula kaster
40 gm margerin
1 biji telur
50 ml susu sejat
100 ml air suam
sambal untuk inti

Cara-cara
(guna breadmaker)
macam biasa ikut peraturan breadmaker..cecair semua letak di bahagian bawah,
kemudian baru masuk yg kering..
last sekali baru masuk yeast.
pasang breadmaker dan biar dia uli dulu
siap uli tutup bekas dengan plastic wrap biar naik 1 kali ganda
selepas itu, tumbuk2 doh utk keluarkan angin
leperkan doh..kemudian terap menggunakan gelas supaya sama saiz
biarkan naik 1 kali ganda lagi
then goreng & sejukkan sebelum potong & masukkan sambal..
SIAP!



Saturday, November 17, 2012

Resipi Water Roux

Water roux adalah alternatif bagi bread improver atau bread softner. Sebenarnya senang je nak buat water roux ni.. nisbah dia pun senang nak ingat iaitu 1 : 5 (1 tepung : 5 air)

Ok! cara-caranya ialah:

50gm tepung
250gm air

-campurkan kedua-dua bahan tersebut
-kemudian panaskan 2-3minit di atas dapur(bukan bakar ye?)
-akhir sekali balut bekas tersebut dengan plastic wrap dan simpan dalam peti sejuk

p/s: Make sure masa menggunakan water roux ni pada suhu bilik ye? Water Roux ni boleh bertahan selama 3 hari sebelum ia rosak.

Friday, August 10, 2012

Biskut Jejari Nestum (susu)

Biskut Jejari Nestum (Susu)

250 gm butter
1 cawan gula icing (gula castor halus pun moleh)
2 cawan nestum (dikisar)
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar serbuk koko
untuk salut gula icing dan susu tepung (dayah guna susu dutch lady)


cara-cara

pukul butter + gula sehingga kembang
masukkan semua bahan dan gaulkan sehingga sebati & menjadi doh
bentukkan doh menjadi jejari kecil (dayah guna terap bentuk mcm jejari)
bakar pada suhu 180c sehingga masak
dah masak sejukkan sebentar 
dah sejuk salut pada icing & susu tadi
siap!

Thursday, August 9, 2012

kek gula hangus

BAHAN:
1 1/2 CWN TEPUNG GANDUM
2 CWN GULA + 2 CWN AIR PAIP
7 BJ TELUR
3/4 SUSU PEKAT
2 SUDU BESAR SODA
1 SUDU BESAR PENUH MAJERIN( akak guna mentega)
ESEN VANILA

CARA:
1. AYAK TEPUNG DGN SODA.
2. BUAT GULA HANGUS DAN SEJUKKAN.
3. PUKUL MAJERIN DAN SUSU PEKAT HINGGA PUTIH.BUH ESEN VANILA
4. MASUKKAN TELUR SEBIJI SEBIJI.
5. MASUKKAN GULA HANGUS DISELANGSELI DENGAN TEPUNG. 
6. ACUAN LOYANG DISAPU MAJERIN DAN TUANGKAN ADUNAN KEK KE DALAMNYA. BAKAR. PASTIKAN OVEN DIPANASKAN DULU......

Choc Cheese Cake


Choc Cheese Cake
  • utk bhagian choc
    3/4 cwn minyak mazola
    3/4 cwn serbuk coco
    1 cwn tepung cake(gandum pn bole)
    2 bj telur
    1 cwn air panas
    1 cwn susu ideal
    2 cwn gula ising
    1/2 sudu kcil bicarbonat soda(di ayak ngn tepung)
    secubit garam

    cara2
    putar gula+minyak sampai kembang..
    masukkan telur n putar lagi smpai kembang
    then masuk susu..putar lagi
    masukkan tepung + coco+garam..putar lagi..
    last masuk air panas n putar skejap..

    ok utk bhgian cheese
    250 gm cheese philadelphia
    25 ml air
    gula 60 gm
    telur 1 biji

    cara2
    putar cheese+air+gula+tlur smpai betul2 kembang..
    perap kejap(tutup)

    cara masak..(kukus tau?)
    masukn bhagian choc separuh kt dlm bekas...kukus dlm 10 minit
    kmdian masukn bhgian cheese..kukus lagi dlm 10 min jgak
    then masukn bhgn choc yg tinggal tu..kukus lg smpai btol2 masak..
    dah masak..biar kejap kat suhu bilik..then simpan dlm pti sejuk...
    aga2 dah sejuk da bole makan...yummy...

    sy masih blaja...klu salah tulun tunjukkan.  ;)

Sunday, July 29, 2012

Resipi Choc Chip Cookies


* 250g butter

* 280g tepung gandum (dayah guna tepung kek)
* 10g serbuk koko 
* 150g gula kastor (boleh jugak kalau nak kurangkan)
* ½ sudu kecil esen vanila
* 1 sudu kecil soda bikarbonat
* 2 sudu besar susu tepung 
* 2 sudu besar tepung jagung
* 1 biji telur
* 100g sebarang kekacang (walnut, badam, hazel, gajus, etc, yang dicincang)
* 100g coklat cip ( dayah campur skali coklat masakan sbb ibu beli manyak... (",)
* Secubit garam

Cara-cara
1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanila hingga kembang.
2. Masukkan kuning telur dan pukul rata.
3. Ayakkan tepung gandum, tepung jagung, susu tepung, soda bikarbonat, serbuk koko dan garam ke dalam bahan yang dipukul tadi. Kemudian kacau hingga rata.
4. Masukkan coklat cip dan cincangan kacang. Kacau rata.
5. Sudukan adunan di atas dulang pembakar. Bakar pada suhu 160°C selama 15-20 minit atau sehingga kekuningan.
6. Sejukkan biskut terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam balang kuih.

Resipi Biskut Susu Strawberry Chip


Biskut Susu Strawberry Chip

250 gm susu pekat manis (@ 1/2 tin susu)
250 gm butter 
600 gm tepung jagung
strawberry chip sebagai hiasan

cara-cara
pukul susu + butter hingga sebati 
#note untuk biskut, tidak perlu pukul sampai kembang seperti membuat kek kecuali ia dinyatakan didalam resipi
apabila sudah sebati masukkan sedikit demi sedikit tepung & gaul hingga sebati
picitkan adunan atas dulang yang telah disapu dengan margerin (bentuk? masa test buat biskut ni dayah letak kat dalam kertas biskut je)
kemudian letakkan strawberry chip sebagai hiasan
last sekali bakar dalam oven selama 12-15 min pada suhu 170c (@sehingga betul2 masak)